Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu, dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh di pisahkan dari nilai etikanya. Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta.
Berikut adalah seni cinta sejati untuk anda praktikkan :-
seni berfikir
- Cinta sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
- Cinta itu bukanlah segala-galanya. Walaupon ia penting dalam hidup, iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh mencintai dengan cinta sejati. Cinta juga perlu kepada akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.
- Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.
- Cinta itu amanah, Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
- Cinta sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain. Jika anda beri cinta sejati. ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta, yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
seni merasa
- Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda. Anda tidak perlu gelojoh dalam bercinta. Ini kerana jika anda gelojoh, anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
- Merasa cinta sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua, yang sederhana sifatnya, tidak melampau-lampau. Anda tidak terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
- Jika kecewa bercinta, jangan hingga berputus asa. kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rahsia betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatnya yang lain, dan bersyukur kepadanya.

